1 bungkus mee kuning (dibasuh dan toskan)
200 gram ayam di potong dadu
2 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
6 tangkai lada kering dikisar
1 sudu serbuk kari dibancuh
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 biji telur
Segenggam taugeh
1/2 ikat sawi di potong
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika perlu)
Method:
- Tumiskan bawang besar, bawang putih & lada kering yang telah di kisar.
- Bila sudah naik bau, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air.
- Apabila sudah naik bau dan minyak, masukkan ayam (atau udang/daging etc) dan gaulkan sehingga masak.
- Masukkan kicap pekat, sos cili dan sos tiram. Taburkan garam / serbuk perasa (kiub ayam) secukup rasa.
- Masukkan mee kuning dan gaulkan sehingga masak. Apabila wap sudah mula keluar dari celah-celah mee, besarkan api, kaiskan mee ke tepi dan segera pecahkan telur di bahagian tengah kuali dan kocakkan. Apabila telur agak masak gaulkan telur dan mee serta masukkan sayur sawi dan tauge.
- Apabila sayur sawi sudah layu, matikan api.
- Taburkan,cili besar daun sup, bawang goreng dan limau kasturi. Sedia untuk di hidang!
No comments:
Post a Comment