Bahan-bahannya :
3-4 pot beras - masak & sejukkan (masak jadi nasi ya bukan bubur)
1 ketul ikan tenggiri masin - digoreng & ditumbuk separa hancur
2 labu bawang merah - hiris nipis
1 batang bunga kantan - hiris nipis
2 batang serai - hiris nipis (putih saja)
1½ camca lada hitam - ikut sesedap rasa (saya suka lebih)
2 camca kerisik
Garam secukup rasa
Ulam-ulaman :
Ulam raja
Pucuk gajus
Pucuk pegaga
Daun kesum
Daun selom
Cara-caranya :
Nasi disejukkan. Selepas itu lada hitam tadi dikisar kering. Taburkan segala ikan masin, lada hitam, ulam, bawang, serai & bunga kantan. Seterusnya perasakan dengan garam. Nasi ulam ni boleh tahan hampir seminggu kalau letak dalam peti ais.
Tips - Kalau nak bagi sekata, campurkan dulu ulam2 tu dengan ikan tadi, gaul sehingga rata dalam satu bekas sebelum digaul dengan nasi.
Keladi masak asam rebus
Bahan-Bahan :
1) sayur keladi-dibuang kulit dan dicelur hingga separuh empuk dgn asam keping
2)Seekor ikan selayang-direbus &diambil isinya(hancurkan)
3) lada kering-dikisar
4) bawang besar-dikisar
5) bawang putih-dikisar
6) belacan
7) asam keping
8)daun kesum
9) garam
10) ajinomoto
11) air
Cara2
Masukkan air dalam periuk dan semua bahan kat atas..
apabila air dah menggelegak masukkan btg keladi td.
Bila dh empuk bolehlah dihidangkan..
No comments:
Post a Comment